Sejarah Coffee Meets Bagel

Coffee Meets Bagel telah dibangunkan oleh tiga-beradik perempuan: Arum, Dowoon, dan Soo Kang. [2] Arum pada mulanya mempunyai idea untuk aplikasi itu pada tahun 2011, [3] dan adik-beradik tersebut bekerjasama melancarkan aplikasi itu di bandar New York City pada 17 April tahun 2012. [4] Aplikasi Coffee Meets Bagel kemudiannya dilancarkan di Boston pada 10 Mei tahun 2012 dan di San Francisco pada 24 Oktober tahun 2012. [5] [6]

Pada September tahun 2012, syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah berjaya mengumpulkan dana pembiayaan pemula sebanyak $600,000 dengan dana yang diketuai oleh syarikat pelabur Lightbank. Pengasas bersama Match.com Peng T. Ong turut melabur dalam aplikasi ini. [7] [8]

Pada Januari tahun 2015, aplikasi Coffee Meets Bagel telah dipaparkan di dalam siri rancangan televisyen Shark Tank , di mana adik-beradik itu memohon pelaburan sebanyak $500,000 sebagai pertukaran untuk 5% daripada saham syarikat itu. [9] Mereka menolak persoalan Mark Cuban tentang jika mereka akan menerima pembelian $30 juta dan tidak mencapai persetujuan dengan sesiapa pun. [1]

Pada Februari tahun 2015, syarikat aplikasi itu mengumumkan pusingan pembiayaan Siri A sebanyak $7.8 juta yang diketuai oleh pelabur sedia ada di syarikat pelaburan DCM Ventures . [10]

Pada Mei tahun 2018, syarikat itu berjaya mengumpulkan $12 juta dalam pembiayaan Siri B yang diketuai oleh syarikat pelaburan syarikat pelaburan Atami Capital. [11]

Pelanggaran data peribadi pengguna

Pada Februari tahun 2019, syarikat Coffee Meets Bagel telah mengakui bahawa peggodam telah berjaya mencuri "sebahagian senarai butiran pengguna, khususnya nama dan alamat e-mel" pada antara akhir tahun 2017 dan pertengahan tahun 2018. Laporan luar menunjukkan bahawa sebanyak 6,174,513 akaun mungkin telah terjejas, dan butiran lain termasuk umur dan jantina mungkin telah dicuri. [12]

Rujukan

WikiPedia: Coffee Meets Bagel http://bostinno.streetwise.co/2012/05/10/coffee-me... http://fortune.com/2018/05/31/term-sheet-thursday-... https://www.1843magazine.com/culture/the-daily/how... https://www.askmen.com/dating/online-dating-sites/... https://www.cnbc.com/2021/05/04/coffee-meets-bagel... https://coffeemeetsbagel.com/ https://www.entrepreneur.com/article/243051 https://www.forbes.com/sites/geekgirlrising/2017/0... https://www.forbes.com/sites/mattmiller/2012/10/24... https://www.foxbusiness.com/technology/tinder-vide...